Wednesday 17 October 2018

Aku tahu lambat laun kau akan bosan denganku,jemu melayan kerenahku lagipun kau juga pernah berkata bahawa kau sudah letih menjagaku..
namun ku akui setiap kesalahanku walaupun adakalanya ku cuba sembunyikan darimu tapi akhirnya kau tahu juga akan tetapi bagaimana harus ku akui tentang perkara yang tidak ku lakukan atau perkara yang kau syak padaku..
aku juga tahu kau sudah tidak percaya padaku lagi tetapi aku sudah sehabis jujur padamu...
niatmu untuk melihat ku menjadi seorang manusia benar - benar buat ku terharu namun aku tidak sempurna kerna aku hanyalah seorang manusia biasa...
aku juga seperti insan lain yang mencari kebahagiaan di masa depan...aku ingin kau menjadi imamku dan aku menjadi makmummu....
kini aku dapat rasakan yang kau akan tinggalkan aku bila - bila masa sahaja dan inilah yang aku takutkan iaitu kehilangan dirimu,cintamu serta segala - galanya akan kau bawa bersama dengan dirimu....
ku memohon padamu ampunkanlah segala kesalahan yang pernah ku lakukan dulu kerna aku ingin membina kehidupan yang baru denganmu dan aku sudah tidak mahu bercinta denganmu serta menambahkan dosa namun aku mahu bercinta denganmu ada ikatan yang suci.....